welcome slider

...

UTAMA

SENI KEHIDUPAN KAMPUS




Bagi setengah-setengah pelajar kehidupan di Universiti boleh membawa kebimbangan dan frustasi. Ini mungkin disebabkan adalah beberapa proses pendaftaran, atau pemilihan kursus yang sesuai atau disebabkan oleh kekurangan buku-buku dan masalah-masalah lain, dalam suasana yang baru ini. Pelajar-pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus yang agak asing bagi mereka. Semasa di sekolah segala hal mengenai diri pelajar adalah merupakan tanggungjawab guru-guru, keluarga atau masyarakat sekeliling. Tetapi tanggungjawab sekarang adalah dipikul oleh diri pelajar itu sendiri misalnya ia terpaksa mencari tempat tinggal sendiri. Pendekatan ia terpaksa membuat keputusan sendiri dalam semua perkara. Tetapi pada kebiasaannya, kebanyakan pelajar masih belum lagi bersedia untuk membuat keputusan sendiri dan berdikari.






Masalah di kampus bukan hanya terhad kepada masalah akademik sahaja tetapi juga meliputi masalah perhubungan sosial dengan pelajar-pelajar lain. Pertemuan antara pelajar-pelajar baru dengan pelajar-pelajar lama kadangkala menimbulkan perasaaan kebimbangan atau rasa terancam. Sebenarnya, tidak ada jalan pendek bagi menyelesaikan masalah penyesuaian diri dengan kehidupan di kampus ini. Walau bagaimanapun beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan dalan usaha mengatasi maslah tersebut bagi membantu pelajar-pelajar. Antaranya :

Anda harus tabah hati dan berusaha sedaya upaya memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana baru di kampus ini. Andainya sesuatu yang baru itu boleh mendatangkan faedah yang baik maka anda hendaklah bersedia menerima perubahan baru dan mengubah kebiasaan anda yang lama. Jangan merasa ragu-ragu untuk menemui orang-orang yang boleh membantu anda dalam memberi sebarang nasihat mengenai masalah yang anda hadapi. Misalnya anda boleh temui jawatankuasa minggu orientasi , pelajar-pelajar yang lebih senior, pensyarah-pensyarah , pengawai.

Dalam masalah penyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, anda harus banyak bersabar, bersedia bertolak ansur dan cuba memahami diri rakan anda itu.

Suatu perkara yang agak baru bagi setengah - setengah pelajar baru ialah mereka merasa kesuntukan masa. Ini disebabkan oleh berbagai aktiviti yang telah diatur sehingga masa lapang tinggal amat sedikit. Sebenarnya ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi kehidupan di kampus. Yang penting bagi anda ialah cuba bergerak, bekerja dan membuat sesuatu dengan pantas. Ini adalah suatu latihan dengan penggunaan masa yang baik. Anda tidak akan mampu lagi membuang-buang masa dengan sia-sia semasa berada di kampus.

Di kampus telah diaturkan berbagai-bagai kegiatan yang bukan bercorak akademik kepada semua pelajar. Sebagai pelajar baru anda tidaklah boleh mengasingkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut yang merupakan sebahagian daripada pembelajaran di universiti. Andainya ada pelajar-pelajar yang selalu cuba mengelakkan diri dari kegiatan-kegiatan tersebut, ia akan hilang peluang menunjukkan bakatnya dalam masyarakat kampus.

Kumpulan pelajar di kampus adalah meruapakan sebuah masyarakat yang tersendiri. Sebagai anggota sebuah masyarakat ia harus tahu tangungjawab dan peranan dalam masyarakat tersebut, misalnya ia harus berani menerima tangungjawab tersebut. Anda harus berlatih menjadi seorang pemimpin yang jujur dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat dan penciptaNya.  

No comments:

Post a Comment