PENASIHAT
NAZRI YAUDDIN HAJI NAWAWI
Pegawai Kebudayaan
Pusat Budaya & Seni
Universiti Utara Malaysia
Telefon : 04 - 928 5815
Emel : yauddin@uum.edu.my
SEKAPUR SIREH PRESIDEN
Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia.
Kelab Seni Lukis Universiti Utara Malaysia telah menjangkau 23 tahun usianya sejak ianya ditubuhkan. Saya sebagai presiden sesi 2016/2017 berasa bangga kerana kelab seni lukis dapat menjadi antara kelab terbaik di UUM dan sebahagian dari misi kelab juga telah pun tercapai dengan berobjektif adalah untuk memperkenalkan dan memberi peluang kepada mahasiswa/i di dalam kampus mahupun di luar kampus yang berminat di dalam seni terutama seni lukisan. Selain itu, untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani melalui penerapan nilai-nilai yang mempunyai unsur- unsur keislaman.
Kelab Seni Lukis menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar disamping memberi hiburan. Melalui penyertaan dalam kelab seni lukis, akademik dan sosial pelajar dapat diseimbangkan. Seiring dengan teknologi sekarang, Kelab Seni Lukis Universiti Utara Malaysia juga tidak mahu ketinggalan menubuhkan laman sosial seperti facebook untuk memudahkan dan mempercepatkan sebarang urusan hebahan maklumat berkaitan kelab. Buat julung kalinya, kelab seni lukis menubuhkan laman web untuk memudahkan pengunjung dan pelajar- pelajar uum khususnya untuk mengetahui dengan lebih terperinci info-info terkini mengenai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab sekaligus dapat mendaftarkan diri sebagai ahli secara online.
Saya berharap dengan penubuhan laman ini akan menyumbang dan mengangkat lagi nama Kelab Seni Lukis Universiti Utara Malaysia di peringkat UUM mahupun di luar kampus. Dengan kewujudan laman ini juga mampu sama-sama kita menilai pembangunan Kelab Seni Lukis UUM dalam mengikuti perkembangan semasa akan arus modenisasi. Sekaligus menyahut visi dan misi Universiti Utara Malaysia.
Salam hiburan seni,
Nor Farihah Bt Abd Samat
Presiden Kelab Seni Lukis Universiti Utara Malaysia
No comments:
Post a Comment