BENGKEL LUKISAN 3D
22 NOVEMBER 2016(SELASA)
KELAB SENI LUKIS UUM(KSLUUM)
Alhamdulillah ...telah selesai satu lagi aktiviti bengkel kesenian yang sudah lama terpadam dek arus waktu yang telah lama menyebabkan KSLUUM nampak jelas seperti sudah tidak wujud serta terbubar walhal ianya masih wujud di Universiti Utara Malaysia,Sintok ini. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang kedua setelah aktiviti "Bengkel Kesenian 0.3" dimana ianya tidaklah mendapat sambutan yang gitu daripada peserta, tetapi itu tidaklah menjadikan semangat kami runtuh malah kami menjadikan ia sebagai langkah permulaan untuk KSLUUM meningkat naik, aktif serta setanding dengan kelab/persatuan yang berada di UUM.
Sebagai permulaan baru bagi "Bengkel Lukisan 3D"...kami memberanikan diri menjemput En.Amir Azizuddin Qasidin b. Abd Ghani yang merupakan seorang pelukis yang profesional untuk menjadi tutor pada hari tersebut. Alhamdulillah....lebih daripada target peserta yang hadir pada hari tersebut..program bermula dengan sesi taklimat daripada beliau mengenai lukisan 3D.
Kami teruskan dengan sesi praktikal selepas selesai penerangan daripada beliau....wow..sangat2 mencabar bagi kami yang tidak mempunyai ilmu asas tentang lukisan tetapi tidak pada mereka yang
berpengalaman serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi...HEBAT pelajar UUM ni sebenarnya...huh..tidak lupa juga kepada staf Pusat Budaya dan Seni(PBS) yang turut hadir bagi memenuhi laman siswa PBS..Lukisan mereka boleh dilabelkan "WIN'' ...kalah kami yang merupakan ahli KSLUUM nie....TAHNIAH..👏..
Terima kasih diucapkan kepada En.Amir Azizuddin Qasidin b Abd Ghani yang telah membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan prestasi KSLUUM....jumpa next program pula yee.....banyak yang terhasil daripada program nie...boleh pergi dekat form karya eksekutif....HEBAT dan TERIMA KASIH SEMUAAAaaaaa........😍😅...Assalamualaikum..nanti kami tulis lagi ye untuk next event..👋👋
No comments:
Post a Comment