welcome slider

...

Wednesday, 30 November 2016

BENGKEL MURAL 3D

BENGKEL MURAL 3D
KELAB SENI LUKIS UUM(KSLUUM)
29 NOVEMBER 2016(SELASA)

"Dari setitis air kini menjadi sebuah lautan...." .Kemahiran pelajar UUM dicungkil sedikit demi sedikit....semasa ke semasa....bukan sahaja kemahiran pengurusan yang dititikberatkan oleh UUM malah pelbagai kemahiran dan salah satunya adalah kreativiti
Program-program yang dianjurkan KSLUUM dapat memperlihatkan kepada mahasiswa/i UUM bahawa KSLUUM masih lagi bergiat aktif seperti dahulu. Dari semasa ke semasa KSLUUM mendapat sambutan dari segi pendaftaran masuk ke kelab melalui "Pendaftaran Online" serta melalui penyertaan program yang dianjurkan. Baru-baru ini telah berlangsungnya satu program "Bengkel Mural 3D" di Pusat Budaya Dan Seni(PBS). Alhamdulillah...mendapat sambutan  daripada kalangan  mahasiswa/i  UUM sekaligus KSLUUM menerima ahli baru. 

Sekali lagi kami menjemput En.Amir Azizuddin b. Abd Ghani untuk mengendalikan program yang dimulai dengan sesi penerangan mengenai mural 3D.Selesai sesi pertama,kami terus kepada sesi yang seterusnya iaitu sesi praktikal. En.Amir memberikan beberapa tips yang untuk lukisan mural dan menunjukkan contoh supaya memudahkan peserta melakukan praktikal mural 3D ini dan gerak kerja peserta juga berjalan seiring dengan beliau.




LANGKAH GERAK KERJA BERGERAK SEIRING

Pada program kali ini KSLUUM berasa sangat bertuah dan ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Pengarah PBS iaitu En.Huzaidy B. Hj Hussain yang telah bersama-sama berada di bahagian penutup program sekaligus memberi semangat kepada kami untuk menaikkan kembali nama KSLUUM ini setanding dengan kelab/persatuan yang berada di UUM ini. Segala pesanan dan nasihat daripada Tuan akan kami ingat dan kami akan simpan untuk masa yang akan datang. Tidak lupa juga jutaan Terima Kasih kepada E.Amir Azizuddin Qasidin b. Abd Ghani selaku tutor pada program ini serta Penasihat kami iaitu En.Nazri Yauddin b.Hj Nawawi dan kepada semua peserta yang terlibat bagi memeriahkan lagi program "Bengkel Mural 3D".




Sekian sahaja untuk hari ini...jumpa next program..Assalamualaikum reader..😍👋👏





















JUNGLE STEP(PUNCAK VISTA)


JUNGLE STEP(PUNCAK VISTA)
KELAB SENI LUKIS UUM (KSLUUM)
15/11/16(SELASA)

Yessss...akhirnya kami akan ke Puncak Vista UUM....selalu juga dengar senior2 UUM nie cakap..."wei jom la pg Puncak Vista...erm.."..😕.ade ke??..of course la ade,,,jom kami tunjukkan kepada dimanakah terletaknya "PUNCAK VISTA,UUM"....tapi kami tidak akan pergi tanpa satu lagi kelab yang sentiasa ada bersama kami iaitu Kelab Nasyid UUM....tempatnya tidak lah jauh daripada Vmall UUM...jadi kami semua berkumpul di sana pada jam 5.00ptg...kami mulakan perjalanan dengan membaca doa yang diketuai oleh wakil Kelab Nasyid agar semuanya berjalan dengan lancar...







Kami terus bergerak daripada Vmall selepas bacaan doa....kalau nk tau jalan die di mana..jom KSLUUM tunjukkan..kalau perasan selepas awk berjalan dari Vmall,,,awak akan nampak simpang kiri...yang naik bukit tu....lepas tu ke simpang kanan dan terus ke simpang kiri...yes di Inasis Maybank..pandai(3X)..👏....



Jalan terus je...nampak macam kawan KSLUUM nie...berjalan terus tanpa memikirkan cuaca panas...Alhamdulillah cuaca waktu ni tak hujan...eh...baju merah tu macam nampak sesuatu...😱😱...OOww..nampak "signboard Puncak Vista"...😮wah..dah sampai rupanya..sekejap je kan nak sampai ke sana...mesti teruja nak tau apa yang ada diatas kan????..apa-apa pun..exercise dulu..



JOM NAIKKK!!!!!....banyak nya tangga..."bersusah-susahlah dahulu kerana ada kebahagiaan dihujungnya.."....hahhaa....
Akhirnyaa!!!..dah sampai..apa yang ada ye???😻😻





"Tiada kejayaan yang akan datang tanpa usaha..."...permandangan yang sangat indah,ketenangan serta kesegaran yang dapat dirasai bila berada  di atas sana...kami dapat melihat seluruh kawasan UUM daripada di atas sana..boleh la layan2 perasan jap...haha...ok..setel JUNGLE STEP kami....nak pesan kat hangpa yang nak p atas sana...jangan lupa la bawak apa2...jajan ka...coki2 ka...sat ni lapaq pulak..ayaq tu penting..."Jaga Kebersihan sama naaaa"...ok..jom balik...dah Magrib dh...




ok..jumpa lagi..di lain program bersama KSLUUM...TERBAIK!!👍👍😇



















BENGKEL LUKISAN 3D

BENGKEL LUKISAN 3D
22 NOVEMBER 2016(SELASA)
KELAB SENI LUKIS UUM(KSLUUM)

Alhamdulillah ...telah selesai satu lagi aktiviti bengkel kesenian yang sudah lama terpadam dek arus waktu yang telah lama menyebabkan KSLUUM nampak jelas seperti sudah tidak wujud serta terbubar walhal ianya masih wujud di Universiti Utara Malaysia,Sintok ini. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang kedua setelah aktiviti "Bengkel Kesenian 0.3" dimana ianya tidaklah mendapat sambutan yang gitu daripada peserta, tetapi itu tidaklah menjadikan semangat kami runtuh malah kami menjadikan ia sebagai langkah permulaan untuk KSLUUM meningkat naik, aktif serta setanding dengan kelab/persatuan yang berada di UUM. 



Sebagai permulaan baru bagi "Bengkel Lukisan 3D"...kami memberanikan diri menjemput En.Amir Azizuddin Qasidin b. Abd Ghani yang merupakan seorang pelukis yang profesional untuk menjadi tutor pada hari tersebut. Alhamdulillah....lebih daripada target peserta yang hadir pada hari tersebut..program bermula dengan sesi taklimat daripada beliau mengenai lukisan 3D.
                                                               


 



Kami teruskan dengan sesi praktikal selepas selesai penerangan daripada beliau....wow..sangat2 mencabar bagi kami yang tidak mempunyai ilmu asas tentang lukisan tetapi tidak pada mereka yang 
berpengalaman serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi...HEBAT pelajar UUM ni sebenarnya...huh..tidak lupa juga kepada staf Pusat Budaya dan Seni(PBS) yang turut hadir bagi memenuhi laman siswa PBS..Lukisan mereka boleh dilabelkan "WIN'' ...kalah kami yang merupakan ahli KSLUUM nie....TAHNIAH..👏..
                             


Terima kasih diucapkan kepada En.Amir Azizuddin Qasidin b Abd Ghani yang telah membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan prestasi KSLUUM....jumpa next program pula yee.....banyak yang terhasil daripada program nie...boleh pergi dekat form karya eksekutif....HEBAT dan TERIMA KASIH SEMUAAAaaaaa........😍😅...Assalamualaikum..nanti kami tulis lagi ye untuk next event..👋👋







Monday, 10 October 2016

15 ALIRAN SENI LUKISAN

ALIRAN SENI RUPA
Ternyata, seni rupa telah berkembang sejak lama dan telah melahirkan beragam aliran yang semuanya memiliki kekhususannya masing-masing.  Ada aliran naturalisme, realisme, romantisme, impresionisme, dan lain sebagainya.




1. Aliran Naturalisme
 Naturalisme adalah aliran seni rupa yang berusaha melukiskan sebuah objek yang sama persis dengan keadaan alam. Ciri aliran seni yang satu ini adalah wujudnya yang sama persis dengan sesuatu yang dilihat oleh mata kita. Proporsi, perspektif, keseimbangan, pewarnaan, dan prinsip-prinsip seni rupa lainnya tergambar dengan tepat sesuai pemandangan sebenarnya. Beberapa tokoh seni rupa yang mengikuti aliran ini antara lain Basuki Abdullah, Gambir Anom, Raden Saleh, Abdullah Sudrio Subroto, William Hogart, dan Frans Hall. 


2. Aliran Realisme 

Realisme adalah aliran seni rupa yang menggambarkan keadaan nyata yang benar-benar ada. Ciri aliran seni yang satu ini adalah lebih ditekankannya suasana dibanding objek dari kenyataan tersebut. Beberapa seniman atau tokoh yang memilih aliran seni ini antara lain Fransisco de Goya, Gustove Corbert, dan Honore Daumier.



3. Romantisme 
Romantisme adalah aliran seni rupa yang lebih menampilkan nilai-nilai fantastis, indah, irasional, dan absurd. Umumnya menceritakan kisah-kisah romantis atau dramatis. Beberapa ciri karya seni yang menganut aliran romantisme antara lain permainan warna yang lebih meriah, objek lebih sedikit, adanya objek pria gagah atau wanita yang lembut. Tokoh atau seniman yang menganut aliran ini antara lain Raden Saleh, Theobore, dan Gerriwult.

4. Ekspresionisme
Ekspresionisme adalah aliran seni rupa yang lebih mengutamakan curahan batin pembuatnya secara bebas, baik dari dalam batin, imajinasi mahupun perasaannya. Objek-objek yang dilukiskan dalam aliran ini biasanya memiliki suasana kekerasan, kengerian, kemiskinan, kesedihan, dan tingkah manusia. Adapun beberapa tokoh yang menganut aliran ini antara lain Popo Iskandar, Paul Gaugiuin, Vincent Van Gogh, Ernast Ludwig, Emile Nolde, Karl Schmidt, JJ. Kandinsky, Affandi, Zaini dan Paul Klee.



Aliran Seni Rupa

5. Impresionisme
Impresionisme adalah aliran seni rupa yang lebih mengutamakan kesan selintas pada suatu objek yang ditunjukkan atau dilukiskan. Ciri aliran seni rupa ini yang paling menonjol adalah objek yang digambarkan tidak mendetik atau agak kabur. Beberapa seniman yang menganut aliran impreionisme antara lain Casmile Pissaro, Claude Monet, Aguste Renoir, SIsley, Kusnadi, Solichin, Edward Degas, Mary Cassat, dan Afandi.

6. Kubisme
Kubisme adalah aliran seni rupa yang cenderung menunjukkan usaha abstraksi objek kedalam bentuk geometri tertentu untuk mendapatkan sensasi dan nilai seni. Corak yang menjadi ciri utama aliran ini adalah adanya gambaran yang bentuknya menyerupai bidang-bidang seperti segiempat, segitiga, silinder, lingkaran, bola, kubus, kerucut, dan kotak-kotak. Tokoh-tokoh yang memilih aliran musik ini misalnya Pablo Picasso, Gezanne, Metzinger, Albert Glazes, Braque, Fernand Leger, Francis Picabia, Robert Delaunay, dan Juan Gris.

7. Fauvisme 
Fauvisme adalah sebuah aliran seni rupa yang muncul sekitar abad XX Masehi. Pelukis-pelukis muda yang lahir di masa itu menghasilkan karya dengan ciri warna yang liar, beberapa tokoh dalam aliran ini antara lain Andre Dirrain, Henry Matisse, Rauol Dufi, Maurice de Vlamink, dan Kess Van Dongen. 

8. Dadaisme 
Dadaisme adalah aliran seni rupa yang justeru dianggap antiseni dan antiperasaan karena lebih merefleksi kekerasan dan kekasaran. Prinsip seni rupa dan ciri-ciri karya yang menggunakan aliran ini antara lain tergambarnya sifat dan karakter aneh dari suatu objek misalnya lukisan Ratu Monalisa yang diberi kumis, WC aneh diberi tajuk dan dipamerkan. Beberapa tokoh yang menggunakan aliran seni rupa satu ini diantaranya Max Ernst, Juan Gross, Marcel Duchamp, Hans Arp, dan Picabia. 

9. Futurisme 
Futurisme adalah aliran seni rupa yang menggambarkan keindahan. Objek dalam aliran ini memiliki ciri yang cenderung lebih mengabadikan gerak, misalnya lukisan kucing yang berkaki > 4. Adapun beberapa tokoh seni dunia yang menggunakan aliran ini misalnya Severini, Boccioni, Umberto, Carlo Cara, Gioccomo Ballad, dan Ruigi Russalo. 


Aliran Seni Rupa

10. Surealisme 
Surealisme adalah aliran seni rupa yang ditujukkan untuk menggambarkan objek yang sering dijumpai dalam mimpi. Ciri objek dalam aliran ini adalah keanehan dan kontrol di bawah sadar dari bentuk objek tersebut. Beberapa tokoh dalam aliran ini antara lain Salvador Dali darl Andre Masson. Joan Miro, Sudiardjo, dan Amang Rahman.

11. Konstruktivisme 
Aliran konstruktivisme lahir pertama kali di Rusia tahun 1915. Beberapa tokoh yang berperan dalam aliran seni rupa satu ini adalah Laszlo Moholy-nagy, Victor Pasmore, Liubov Popova, Oskar Schlemmer, dan Naum Gabo.

Aliran Seni Rupa

12. Post Modern atau Kontemporer 
Post modern adalah aliran seni rupa yang tidak terikat oleh zaman dan berkembang sesuai zaman. Aliran ini merefleksikan situasi dan waktu secara sistematik. Adapun beberapa ciri objek yang ditunjukkan dalam aliran ini antara lain dinamis, mengutamakan kebebasan ekspresi, dan mencolok. Beberapa tokoh seni rupa Indonesia yang menggunakan aliran ini antara lain Sprinka, Jim Nyoman Nuarta, Supankat, dan Angelina P. 

13. Popular Art atau Pop Art
Popular art adalah aliran seni yang muncul akibat kepayahan pada seni tanpa objek. Aliran ini mengingatkan kita pada keadaan lingkungan sekitar yang telah lama dilupakan. Objek dalam lukisan yang menampilkan aliran ini umumnya menampilkan sindiran, karikatur, atau humor. Beberapa tokoh yang dalam aliran pop art antara lain George Segal, Tom Wasselman, Claes Oldenburg, Yoseph Benys, dan Cristo.
14. Abstraksionisme 
Abstraksionime adalah aliran seni rupa yang berkembang untuk melepaskan diri dari asosiasis atau sensasi-sensasi figuratif suatu obyek. Ada 2 jenis aliran abstaksionisme, yaitu aliran abstrak kubistis yang mengungkapkan bentuk geometri murni, dan aliran abstrak nonfiguratif yang mengungkapkan perasaan melalui garis dan warna. Tokoh aliran ini antara lain Wassily kadinsky dan Naum Goba. 

15. Neo-Klasik 
Neo klasik adalah aliran seni rupa yang muncul setelah pecahnya revolusi Perancis. Objek dalam aliran ini bersifat rasional, obyektif, dan klasik. Adapun beberapa ciri-ciri lainnya antara lain objek lukisan terikat pada norma intelektual akademis, bentuknya selalu seimbang, Batasan-batasan warna bersih dan statis, hiperbolis, raut wajah tenang dan terkesan agung, serta mengandung cerita lingkungan istana. Adapun tokoh dalam aliran Neo-Klasik ini adalah Jean August Dominique Ingres.